BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Salam Sejahtera

Wednesday, July 28, 2010

SEJARAH SEKOLAH

DEFINISI :
Sekolah Agama Bersepadu Kerajaan Johor mula diperkenalkan di negeri Johor hasil dari keputusan majlis Mesyuarat Kerajaan (EX.CO) Johor ringkasan mesyuarat (RM) Bil.2226/98
Justeru pada 4 JAnuari 1999, Sekolah Rendah Agama Bersepadu Kerajaan Johor telah memulakan sesi persekolahannya yang pertama di lapan buah sekolah di seluruh Negeri Johor dengan sebuah sekolah di setiap daerah
Oleh itu,penubuhan SRAB merupakan satu langkah yang paling tepat untuk meletakkan sistem pendidikan agama di Negeri Johor ke satu tahap yang paling kukuh dalam arus perdana sistem pendidikan masa kini
Semoga dengan penubuhan SRAB ini,dapat melahirkan satu generasi yang seimbang dari segi inteleks,rohani,emosi dan jasmani

KURIKULUM
Kurikulum SRAB telah digubal oleh satu Jawatankuasa Kurikulum. Pada dasarnya kurikulum ini adalah penggabungjalinan antara kurikulum Baru sekolah Rendah (KBSR) dengan Kurikulum Baru Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor (KBSA)
Ia diadun menurut konsep Falsafah Islam dan didasarkan dengan Al-Quran dan As-Sunnah, Diharapkan apabila tamat persekolahan,murid-murid dapat menguasai ilmu Fardhu Ain Dan Fardhu Kifayah yang lazim dituntut dalam kehidupan harian,di samping menguasai segala kemahiran yang ada di dalam KBSR.

PERMULAAN PERSEKOLAHAN
Waktu persekolahan :
- Tahap 1 dan 2 : 8.00 pagi – 4.30 (Isnin – Khamis)
: 8.00 pagi – 12.00 (Jumaat)

Murid-murid akan berulang alik dari rumah ke sekolah setiap hari.
Murid akan di sediakan makan / minum :
- Sarapan Pagi : 10.00 – 10.30 (Tahap 1)
10.30 – 11.00 (Tahap 2 )

- Tengahari : 1.00 – 1.30 ptg (Tahap 1 )
1.30 - 2.00 ptg (Tahap 2)
Solat Zohor murid secara bergilir-gilir .

0 comments: